Sign In
faceboook twitter instagram rss
Manage PermissionsManage Permissions
BSDC lahirkan generasi berwawasan berinovasi
MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menyampaikan sijil kepada graduan daripada TITASYS Technologies y
Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman Wednesday, 13 April 2016 06:53

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 April. - Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar berkata, Brunei Solutions Development Centre (BSDC) berjaya melahirkan dan membina kepakaran serta kemahiran anak tempatan dalam penyediaan aplikasi perisian buatan Brunei (made in Brunei).

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, pusat tersebut berjaya melahirkan 11 orang peserta yang mendapat persijilan Microsoft Certified Solution Developer.

Menurutnya, kejayaan para peserta program tersebut menjadi pencapaian penting kepada negara.

Ia menggambarkan semangat yang tinggi para peserta untuk menyahut seruan negara melahirkan generasi berwawasan dan berinovasi.

Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut sejurus menyampaikan sijil kepada para peserta BSDC Capability and Mentoring Program (CAMP) yang berlangsung di Rekabentuk dan Teknologi, Taman Teknologi, Anggerek Desa, di sini.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap IT, E-Kerajaan dan Perindustrian di JPM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil, dalam ucapannya antara lain menjelaskan enam daripada lapan orang peserta yang mengikuti BSDC CAMP berjaya membuka perusahaan IT mereka sendiri.

Kejayaan mereka itu jelasnya, menjadi contoh kepada para belia yang berminat untuk menjadi pengusaha selaras dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi negara selain minyak dan gas.

Seramai lapan peserta BSDC CAMP menerima sijil mereka dan peserta yang berjaya menubuhkan syarikat mereka sendiri juga dilantik menjadi rakan BSDC.

BSDC telah mengendalikan latihan bagi mempersiapkan tenaga kerja mahir dalam ekosistem IT di negara ini dan membantu para graduan mewujudkan perusahaan mereka sendiri serta memperolehi kepakaran daripada Konsultan Syarikat Microsoft.
Attachments