Sign In
faceboook twitter instagram rss
Manage PermissionsManage Permissions
EGNC anjur hackathon pertama
Siaran Akhbar
December 15, 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) bersama Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Brunei Microsoft Corporation menganjurkan hackathon peringkat kebangsaan pertama Brunei iaitu B{CODE}.

Pendaftaran bagi pertandingan tersebut dibuka bermula esok hingga 15 Januari 2017, EGNC mengumumkan dalam kenyataan yang dikeluarkannya di sini, hari ini.

Pertandingan menawarkan hadiah berupa geran sehingga $20,000 untuk menghasilkan produk akhir, sebulan mengikuti bimbingan di Microsoft Brunei dan enam bulan akses kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan di iCentre.

Kenyataan itu menjelaskan, B{CODE} bermatlamat untuk menghimpunkan para pereka, pemaju dan pihak berkepentingan utama untuk bersama-sama menyelesaikan masalah-masalah dunia sebenar.

Inisiatif ini berusaha untuk melibatkan komuniti tempatan, dengan objektif menyediakan platform kepada peserta untuk menunjukkan bakat dan kemahiran pengekodan mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, sasaran hackathon ini adalah untuk menggalakkan inovasi, merangsang idea-idea dan menjana kreativiti dalam kalangan perniagaan tempatan, pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi serta orang ramai.

Tema pertandingan adalah untuk menangani dan menghasilkan penyelesaian cabaran-cabaran yang dihadapi Brunei pada masa ini menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Satu set soalan-soalan dan masalah yang akan ditangani menerusi pertandingan berkenaan telah disediakan dan boleh dilihat menerusi laman sesawang http://www.b-code.gov.bn.

Menerusi pertandingan ini, ia diharap menggalakkan penyelesaian mapan kepada kebimbangan-kebimbangan yang dihadapi oleh masyarakat kita hari ini dan dengan itu menggalakkan perniagaan-perniagaan dan orang awam untuk menghasilkan idea-idea dan cadangan mengenai bagaimana menyelesaikan masalah-masalah berkenaan.

Ia juga diharap dalam meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kolaborasi perkongsian awam-swasta dalam pembangunan ICT dan mewujudkan peluang-peluang baru bagi industri-industri tempatan dalam sektor ICT.

Sehubungan itu, perniagaan-perniagaan, para pelajar dan orang ramai yang mempunyai idea, pengetahuan atau kemahiran dalam menghasilkan aplikasi ICT dialu-alukan untuk menyertai pertandingan berkenaan dengan menghantar butiran mereka ke alamat emel: data@egc.gov.bn.

Courtesy of Media Permata
Attachments