Sign In
faceboook twitter instagram rss
Manage PermissionsManage Permissions
Pelajar Micronet membuat lawatan sambil belajar ke EGNC
SESI bergambar ramai pelajar MIC semasa lawatan sambil belajar ke EGNC.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Julai. - Sekumpulan 18 pelajar Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) yang sedang mengikuti SQA Higher National Diploma dalam Komputer Sains dan Pearson BTEC Level 5 Higher National Diploma dalam Pengkomputeran (RQF) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC).


Lawatan merupakan sebahagian daripada kurikulum dan objektif MIC untuk terus memastikan pelajar kolej berkenaan mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran kerja sebenar industri dengan berinteraksi dengan profesional dalam aspek yang berkaitan dengan kaedah kerja dan amalan pekerjaan.


Semasa lawatan itu, para pelajar diberi taklimat oleh Ahli Pasukan Profesional EGNC, terutamanya mengenai fungsi EGNC sebagai organisasi berpusat yang menumpukan perhatian kepada IT di semua agensi kerajaan termasuk institusi yang lebih tinggi di Negara Brunei Darussalam di samping turut mengongsikan mengenai Strategi Digital Kerajaan Brunei ( 2015 - 2020) sejajar dengan matlamat dan Wawasan Brunei 2035.


Selain berkongsi pilihan kerjaya untuk pelajar selepas menamatkan pengajian mereka di MIC, pasukan itu telah berkongsi maklumat berharga mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan 'cloud computering', perkhidmatan operasi pusat data dan pengurusan, rangkaian IT tentang kepentingan mengambil langkah berjaga-jaga maksimum dalam mengukuhkan keselamatan untuk menentang ancaman siber.


Semasa lawatan tersebut, pelajar MIC dibawa untuk melihat kemudahan EGNC, terutamanya pusat data.


Courtesy of Pelita Brunei

Attachments