Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest-Headlines

A Brunei Darussalam Government Website

Skin Color

Font Type

  • abc
  • abc
  • abc

Font Size

Latest Headlines

Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan tahun 1445H/2024M

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), pada hari ini. Majlis telah dikelolakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.

Majlis didahului dengan sembahyang fardhu Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau LTAB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

EGNC held Badminton Friendly Match with various organisations

E-Government National Centre (EGNC) recently held Badminton Friendly Matches with various organisations:

• 6 February 2024 - TAIB
• 27 February 2024 - Brunei Investment Agency
• 2 March 2024 - Land Transport Department, Ministry of Transport and Infocommunications

The participants competed in three categories: Men's Doubles, Women's Doubles, and Mixed Doubles.

A heartfelt thank you to all participants for their support and enthusiasm throughout the events.

Jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

​Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan Jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama pada hari Khamis, 29 Februari 2024. 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh jabatan ini.

Hadir ke taklimat tersebut ialah pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan institusi-institusi tinggi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Lawatan Kerja Ahli-Ahli MMN ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan dan Cyber Security Brunei

Khamis, 18 Januari 2024 – Seramai 15 orang Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dan Cyber Security Brunei (CSB), di Bandar Seri Begawan.

Tujuan lawatan-lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) adalah sebagai wadah percambahan minda dan bertukar-tukar buah fikiran bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) untuk mencergaskan lagi digital tranformasi di sektor kerajaan, serta melihat secara lebih dekat lagi akan kebolehahan dan usaha lanjutan didalam menangani ancaman keselamatan siber Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole of Nation.

Lawatan ke Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) :

Program lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dimulakan di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) yang mana ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Amirul Hayat bin Pengiran Haji Yussop, Pemangku Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). Antara perkara-perkara yang disampaikan adalah mengenai pengenalan dan pencapaian Jabatan, usaha-usaha dan perancangan penambahbaikan serta perkembangan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC).

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga berkesempatan untuk mengetahui lebih dekat mengenai inisiatif-inisiatif dan perancangan yang dibuat selaras dengan Pelan Strategic EGNC dan seterusnya mengadakan lawatan ke Network Operation Centre (NOC) bagi melihat secara dekat kerja pemantauan perkhidmatan-perkhidmatan gunasama EGNC yang beroperasi 24 jam sehari.

Jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan

Pusat Kebangsaan E-Kerajaan telah mengadakan jerayawara Taklimat Pemberigaan Perkhidmatan Gunasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan di Kementerian Pendidikan pada hari Sabtu, 25 November 2023.


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mengongsikan maklumat dan memberikan pendekatan lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan gunasama dan juga dasar dan rangka kerja yang tersedia ada oleh jabatan ini.

Hadir ke taklimat tersebut ialah pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

#EGNC


1 - 5 Next
Contact Us With
Last Updated Since
March 13, 2024