Pusat Kebangsaan e-Kerajaan adalah satu organisasi berpusat yang menumpukan perhatian pada bidang teknologi maklumat (IT) di dalam Perkhidmatan Awam, mengawasi pembangunan sumber manusia dalam bidang teknologi maklumat (IT), memusatkan perolehan peralatan-peralatan IT dan menyediakan aplikasi kerajaan secara menyeluruh serta menyediakan perkongsian perkhidmatan-perkhidmatan IT di antara Kementerian-Kementerian di Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Warga kerja kami adalah aset yang paling penting yang akan sentiasa kami bimbing dan utamakan untuk menjadi pekerja yang baik, tekad dan dedikasi agar kami akan sentiasa dapat memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan serta memberikan sumbangan yang lebih meluas kepada setiap lapisan masyarakat. Pusat Kebangsaan e-Kerajaan kini mempunyai tenaga kerja seramai lebih 400 kakitangan yang terdiri daripada pelbagai pasukan teknikal yang telah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang Pengurusan Projek IT, Operasi IT dan Pengurusan Perkhidmatan IT. Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah mempelopori sejumlah besar program dan projek-projek IT yang telah digunapakai secara meluas oleh Kerajaan dan warga kerja kami secara langsung dan tidak langsung telah membantu dalam memberi sumbangan kearah pencapaian-percapaian ini. Kami sentiasa membuat pelaburan di setiap langkah perjalanan kerjaya warga kerja kami untuk memastikan minat mereka tetap tertumpu dalam jangka masa yang panjang. Matlamat utama kami adalah untuk memaksimumkan potensi individu, mengukuhkan budaya Pusat Kebangsaan e-Kerajaan dan memperluaskan peluang-peluang profesional warga kerja kami. Oleh itu, sejajar dengan matlamat di atas dan agar ia tetap relevan, Pusat Kebangsaan e-Kerajaan telah mewujudkan rangka kerja kemahiran yang dinamakan Rangka Kerja Pembangunan Kompetensi Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC Competency Development Framework) sebagai satu kaedah bagi menentukan teras kecekapan IT kakitangan dan seterusnya membuat peta tindakan (roadmaps) serta pelan pembangunan dan pembelajaran yang membolehkan Pusat Kebangsaan e-Kerajaan mahupun warga kerja kami mengenali laluan untuk berjaya dan membuat penambahbaikan.
Permohonan Tawaran
Permohonan Sebutharga
BSDC adalah kemudahan pembangunan perisian untuk membangunkan penyelesaian-penyelesaian perisian "Made in Brunei" dan membantu pembangunan kemahiran ekosistem IT tempatan. Ia dilancarkan secara rasmi pada Disember 2016. Kemudahan ini dibiayai oleh Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) dan diuruskan oleh Microsoft (B) Sdn Bhd.
Penglibatan Sebelum
Program Pembangunan Belia ICT merupakan satu projek kerjasama di antara Pusat Kebangsaan e-Kerajaan sebagai penganjur utama dengan Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Authority for Info-Communications Technology Industry (AITI) serta Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK). Program Pembangunan Belia ICT telah diwujudkan sebagai saluran pendidikan alternatif bagi mana-mana belia yang mempunyai minat ke arah pembangunan dan peluang-peluang dalam bidang ICT khususnya lepasan-lepasan sekolah di Negara Brunei Darussalam.
Program pensijilan yang direka untuk meningkatkan pengetahuan literasi digital kakitangan awam Negara Brunei Darussalam dengan menyediakan latihan-latihan mengenai penggunaan ICT yang relevan dan piawai serta membuktikan pengetahuan mereka dengan pensijilan yang disahkan secara global untuk membina tenaga kerja Kerajaan yang cekap dan yakin.
**Click image to view the full document